Komponen Yang Menentukan Harga Kabinet Dapur
Kabinet dapur merupakan satu keperluan asas untuk sebuah dapur bagi memastikan dapur sentiasa kemas dan barangan dapur dapat disusun dengan baik. Dapur yang kemas boleh menghilangkan keserabutan dan memberi ketenangan kepada tukang masak tak kira suami atau isteri. Mudah nak cari barang makanan, senang nak simpan pinggan dan mangkuk serta cawan.
5 Komponen Penting Tentukan Harga Kabinet
Ada 5 komponen penting yang akan menentukan harga kabinet. Kita perlu memilih komponen ini sesuai dengan bajet yang sudah ditetapkan untuk menempah sesebuah kabinet. Penting juga untuk kita mengukur saiz dapur supaya anggaran harga dapat diberi dengan lebih tepat.
- 1.Rangka Kabinet
Rangka kabinet ataupun biasanya di panggil “body” merupakan bahagian dalam kabinet. Kebanyakan rangka kabinet diperbuat daripada kayu melamine, tapi pelanggan boleh juga memilih rangka aluminium.
Rangka kabinet adalah asas utama yang akan digunakan dalam setiap kabinet samada kabinet atas, bawah, kabinet tinggi dan laci. Untuk rangka melamine biasanya berwarna putih.
- 2. Pintu Kabinet
Jika rangka kebanyakannya berwarna putih, yang akan memberikan identiti atau persona kepada kabinet adalah kemasan pintu kabinet.
Ada 3 jenis pintu kabinet yang kami sediakan
- 3. Pintu Melamine
Pintu melamine menyediakan pelbagai jenis pilihan warna dan corak . Ia juga mejadi pilihan ramai rakyat Malaysia atas sebab harga yang berpatutan dan mempunyai kemasan yang cantik.


- 4. Pintu 3G
- Kabinet Dengan Pintu 3G
Pintu 3G diperbuat daripada kaca yang tahan calar dan kotoran. Pemegang pintu pula daripada aluminium.


- 5. Pintu 4G
- Kabinet Melamine Dengan Pintu 4G
Pintu 4G merupakan pintu yang dinaiktaraf dari 3G yang mempunyai ‘frame’ aluminum di tepi pintu lebih nipis dari sebelumnya. Pelanggan boleh naik taraf ke pintu 4G dengan perbezaan harga yang sedikit sahaja berbanding 3G.

- 6. .Table Top
Beberapa jenis material boleh digunakan sebagai table top sebagai table top, contohnya HPL, konkrit, solid surface. Bagi mereka yang mempunyai bajet lebih besar dan inginkan kabinet nampak lebih eksklusif boleh juga menempah table top jenis granite, quartz atau marble. Harga adalah berbeza mengikut jenis material dan juga saiz kabinet.
Kesimpulannya, harga sesebuah kabinet boleh di sesuaikan dengan bajet individu. Pihak kami menyediakan konsultansi percuma untuk memberi cadangan dan padanan material sesuai dengan bajet pelanggan. Klik di bawah.



Leave a comment