Blog

THE PERABOT – design & info tentang Kabinet Aluminium 2023

Jika anda mengikut trend pasaran terkini, anda mungkin akan menjadikan kabinet dapur aluminium sebagai pilihan. Ya, aluminium adalah antara pilihan material popular untuk kabinet dapur. semestinya anda tidak menyesal apabila tahu kelebihan material aluminium.

Ia dianggap sebagai satu dimensi baru dalam rekaan kabinet dapur kerana aluminium dapat menonjolkan keindahan kabinet berbanding kabinet derivatif kayu. Seperti namanya, kabinet dapur aluminium diperbuat daripada aluminium semata-mata tanpa menggunakan sebarang material berasaskan  kayu.

Hubungi kami untuk sebutharga :

Kami telah mendapat kepercayaan daripada maklum balas pelanggan yang suka dengan hasil kerja kami dan kami berjanji untuk terus mengekalkan rekod yang baik dari segi kualiti dan mutu kerja. Kabinet dapur aluminium diperbuat daripada aluminium berkualiti tinggi dan sangat kukuh. Ia tahan lama untuk menampung tekanan jangka panjang dan kesan terhasil daripada aktiviti harian.

Keistimewa tentang kabinet dapur aluminium THE PERABOT?

  • Aluminium adalah logam yang stabil. Ia tidak menghakis, tidak mudah terbakar dan tidak berbau.
  • Kabinet dapur yang diperbuat daripada aluminium semestinya tahan lasak, selamat, bersih, bebas anai-anai, kalis air dan anti karat.
  • Tidak lupa juga bahawa kabinet dapur aluminium juga didatangkan dengan kemasan anggun yang jarang ditemui dalam kabinet dapur jenis lain.

Kabinet dapur aluminium diperbuat daripada aluminium berkualiti tinggi dan sangat kukuh. Ia tahan lama untuk menampung tekanan jangka panjang dan kesan terhasil daripada aktiviti harian. Tidak seperti kabinet aluminium biasa, bingkai kabinet THE PERABOT dicantumkan dengan pelbagai lapisan aluminium. Struktur khas ini menghasilkan sokongan yang lebih kukuh dan lebih tahan lama untuk kabinet berbanding kabinet yang diperbuat daripada aluminium biasa. Selain itu, kabinet dapur aluminium THE PERABOT juga didatangkan dengan ciri menarik yang tiada tandingannya.

Ciri Istimewa Kabinet Dapur Aluminium THE PERABOT:

  • Bingkai kabinet aluminium tebal untuk sokongan yang lebih kukuh
  • Engsel penahan lembut untuk semua laci dan pintu kabinet
  • Kelengkapan ‘Blum’ dan ‘Hettich’ dengan jaminan seumur hidup
  • Skru dan pengikat keluli tahan karat
  • Jaminan 1 tahun bagi kelengkapan dan aksesori biasa
  • Panel pintu dan tingkap kaca kristal yang menarik
  • Bingkai bersalut serbuk tahan lama
  • Laci kabinet dengan panel kaca sisi
  • Bingkai kabinet aluminium tebal untuk sokongan yang lebih baik

Hubungi Kami Untuk Dapatkan Sebut Harga!

Kabinet dapur aluminium lebih tahan lama, teguh dan lebih keras jika dibandingkan dengan kabinet dapur yang dihasilkan daripada bahan lain.

Bukan sesuatu yang baharu jika anda perasan kabinet dapur aluminium yang berkualiti sebenarnya mampu bertahan seumur hidup. Rahsia kabinet dapur aluminium tahan lama terletak pada ketebalan dan struktur bingkai. Bingkai aluminium yang tebal memberikan sokongan yang lebih baik dan tidak mudah bengkok atau berubah bentuk. Walau bagaimanapun, kena ingat! Jangan terperangkap dengan menganggap semua kabinet dapur aluminium mempunyai jangka hayat yang sama.  Kualiti aluminium yang digunakan mungkin ada banyak perbezaan.

Kabinet Aluminium Kalis Air!

Kelembapan adalah musuh besar kepada mana-mana kabinet dapur derivatif kayu kerana ia boleh menyebabkan bahagian kabinet melengkung dan mengelembong. Akhirnya, kawasan yang rosak menjadi rapuh dan tidak dapat menampung beban yang berat. Walau bagaimanapun, aluminium sepenuhnya kalis air.  Sebarang peralatan dapur  yang lembap tidak akan merosakkan kabinet dapur aluminium.

Tahan Bahan Kimia

Jika anda bimbang material  aluminium digunakan di tempat penyediaan makanan, berikut adalah fakta menarik yang perlu anda tahu…Permukaan aluminium disaluti oleh lapisan oksida nipis yang menjadi perlindungan semula jadi terhadap bahan kimia. Warna bersalut serbuk pada bingkai kabinet dapur aluminium juga tidak luntur atau kusam apabila terkena air.  Jadi aluminium pastinya selamat digunakan pada kabinet dapur.

Pembersihan Dan Penyelenggaraan Yang Mudah

Tidak seperti kabinet kayu atau papan gentian, kabinet dapur aluminium tidak memerlukan banyak penjagaan dan penyelenggaraan. Kebersihan kabinet dapur aluminium hanya dikekalkan dengan mengelap kotoran, habuk dan gris dengan kain lembap.

Anti-Karat

Sifat aluminium yang stabil dan kemasannya yang teroksida membantu mengelakkan kabinet aluminium daripada berkarat. THE PERABOT menggunakan bahan aluminium tulen dan berkualiti dan beri jaminan 100% anti karat terhadap kabinet dapur anda. Bingkai kabinet kami boleh disalut warna kelabu gelap dan bukannya warna perak matte asal aluminium. Ianya Bukan sahaja memperbaiki penampilan keseluruhan kabinet tetapi juga memberi tuan rumah pengalaman penggunaan kabinet dapur yang berprestasi tinggi dan tahan lama.

Reka Bentuk Dan Warna Senang Disesuaikan

Jika anda menganggap kabinet dapur aluminium semuanya warna metalik yang membosankan dan agak tidak sesuai dengan rumah anda, anda mungkin silap!Kabinet dapur aluminium THE PERABOT boleh disesuaikan  dengan banyak warna dan reka bentuk kesukaan anda.

Pilihan atau Pintu Kabinet, Bingkai Dan Panel Hadapan

Tidak seperti kabinet dapur kayu atau papan gentian, kabinet dapur aluminium menggunakan pintu aluminium dan panel hadapan sahaja. anda bimbang semasa hendak membuat pilihan segi gaya dan rekaan, jangan risau! Terdapat banyak warna dan reka bentuk pintu aluminium dan panel hadapan untuk anda pilih dibuat khas untuk anda.

Anda boleh gabung dan memadankan kabinet anda dengan warna dan gaya yang berbeza dan kami akan menghasilkannya secara eksklusif untuk anda. Dalam erti kata lain, tuan rumah yang menggunakan hasil kabinet tidak akan sama  dengan gaya dan rekaan bentuk kabinet dapur yang sama di rumah orang lain. Di kalangan pakar kabinet dapur di, sentiasa selangkah ke hadapan dalam menawarkan rekaan dan penghasilan pintu kabinet, panel hadapan dan reka bentuk keseluruhan terkini.

Pintu kabinet boleh didapati dalam dua kategori berbeza iaitu 5mm, 7mm 3G, 4G dan juga pintu 5G tanpa bingkai 0mm. Warna bingkai pintu juga boleh disalut serbuk menjadi hitam, putih atau perak mengikut pilihan individu.

Hubungi THE PERABOT Untuk Dapatkan Sebut Harga! Kabinet Dapur Aluminium  

TANAH MERAH : KELANTAN : TERENGGANU

Leave a comment

Website Powered by WordPress.com.

Design a site like this with WordPress.com
Get started