Pilihan Warna
Ruang tamu merupakan ruang yang menetapkan gaya dan konsep untuk seisi rumah. Maka kabinet tv gantung merupakan antara komponen penting di ruang tamu untuk menonjolkan konsep di samping dapat membantu menampakkan ruang tamu anda lebih kemas dan teratur.
Sekiranya anda mahukan kabinet tv anda nampak lebih menarik dan menjadi tumpuan, anda boleh cat dinding atau pasang wallpaper di dinding bahagian kabinet tv. Tetapi, adalah penting untuk anda memilih warna yang sesuai mengikut warna dan corak dinding yang telah dipilih. Jika tidak bijak menggabungkan warna ia juga akan menjejaskan konsep yang anda cuba tampilkan.
Warna Kabinet Tv Mengikut Konsep Ruang Tamu
Konsep Country:
Warna cerah seperti putih, kelabu, Stella, Silver Pear.

Konsep Moden:
Warna merah, hitam, Marble, Sentosa, Classic.

Warna Kabinet Tv Mengikut Warna Dinding
Warna Kontra – Warna Hitam Putih, Merah Putih, atau Hijau Hitam.
Warna Putih – Warna gelap atau bercorak kayu
Warna Lembut – Bercorak seperti Marble atau Silver Pear
Warna Kelabu – Kelabu tua, warna gelap seperti Hitam, Kashmir dan Fog.
Warna Hangat – Warna hampir sama seperti Stella dan Classic Cherry


Sekiranya anda memerlukan bantuan perunding pakar untuk menyelesaikan masalah anda berkaitan dengan pemilihan kabinet tv, anda boleh hubungi kami di MN Redmount (Encik Syarif) di talian +601114770664. Pelbagai rekaan dan warna menarik yang anda boleh pilih, kami juga menerima tempahan kabinet secara custom-made.




Leave a comment