Porfolio Project

By Muhammad Nadzuan

Berapa Lama Pasang Kabinet Dapur

Bagi design dan saiz yang common, kabinet dapur biasanya siap dipasang dalam masa satu hari.
 
Tetapi itu tak bermakna bila pelanggan tempah hari ini, esok lusa boleh siap pasang.
 
Selepas menerima tempahan dan deposit, kami perlu buat pembelian material yang menjadi pilihan pelanggan.
 
Jika stok ada – tak ada apa-apa masalah, material biasanya dihantar dalam 2 – 3 hari dan job ini akan dimasukkan dalam jadual mengikut giliran tempahan yang sedia ada.
 
Proses menunggu giliran inilah yang biasanya menjadi faktor cepat atau lambat sesuatu job kabinet siap.
 
Kalau beban kerja kami tak banyak, cepatlah sampai giliran. Kalau beban kerja kami banyak, kena tunggu sikit.
 
Memproses material atau fabrikasi kabinet pun tak lama. Mungkin satu atau dua hari sudah siap.
 
Dalam masa yang sama bila proses pembuatan bermula kami, kami akan jadualkan dan maklumkan hari pemasangan supaya pelanggan boleh bersedia.
 
Arrangement untuk table top lain pula. Kalau table top konkrit sedia ada atau melamine top, semua kerja siap pada hari pemasangan.
 
Kalau table top stone atau quartz atau solid surface, akan mengambil sedikit masa lagi kerana kabinet perlu siap dipasang barulah material itu boleh diproses.
 
Biasanya kami akan letak tempoh siap pasang dalam 2 minggu dari tarikh pesanan dan deposit. Dan nota mengenai pemasangan table top juga akan dinyatakan.

Leave a comment

Design a site like this with WordPress.com
Get started